The BloggerBoy Blogger Widgets
Nǐ Hǎo!

I write a short post that straight to the
point. Hope you like it and don't forget to follow this blog
Where to go?

Follow Tales Owner
Click This!

Ask Something!

Comment & Promote Your Blog

Follow Me!

Instagram

Subscribe My Channel!

The Real Sembang Bikin Bimbang
Thursday, March 27, 2014 | 5:30 PM | 0 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejatera,

Baru-baru ni kita dikejutkan dengan berita yang menggemparkan dunia. Di mana sebuah pesawat Malaysia Airlines atau lebih dikenali sebagai MH370 telah hilang. Itu adalah satu perkara yang sangat-sangat menyayat hati semua pihak, boleh-boleh lagi keluarga penumpang dan anak kapal.

Apa yang saya nak ceritakan harini bukanlah kronologi tentang pesawat tersebut tapi tentang sikap segelintir manusia yang suka memutar belitkan cerita dan memanipulasikan maklumat. Ada juga yang sengaja mereka cerita hanya untuk mendapatkan like dan retweet di laman sosial.


"Ini bukan masa untuk MENCAPUB lah kawan!"


MENCAPUB = Mencari Publisti

Anda tahu tak yang segala post-post sembang anda tu menjadi satu harapan yang palsu untuk semua pihak. Cuba bayang kalau anda di tempat keluarga mereka dan baca post-post yang sembang bikin bimbang tu. Ada yang kata ada dekat pulau tu lah. Ada yang kata dah jumpa dan ada juga yang kata dah selamat mendarat di China. Lepas ni apa lagi? Nak cakap yang pesawat tu tak berlepas pun sebenar pulak?

Sudah-sudah lah mereka cerita. Saya tak nafikan yang anda semua adalah pengarang cerita yang sangat hebat! Tapi ini bukan masanya dan tajuk cerita anda tu boleh memainkan perasaan banyak pihak.


Lebih baik berdoa daripada
mengarang cerita dongeng


Super Facilitator Is Online!
Monday, March 10, 2014 | 12:47 AM | 0 comments
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Setelah berkurun lama tak update blog, hari tiba-tiba tergerak hati nak tulis entri baru. Hari ni aku nak cerita pasal pengalaman aku menyertai Kem Fasilitator.

Tujuan aku sertai program untuk menjadi fasilitator untuk program motivasi UPSR di SK Gunung Panjang, Perak. Sebab dulu ada juga impian nak bantu orang untuk capai kejayaan.

Bantu orang sambil bantu diri sendiri


SELAMAT TAHUN BARU!
Wednesday, January 1, 2014 | 12:00 PM | 0 comments
Selamat Tahun Baru saya ucapkan kepada semua pembaca-pembaca sekalian! Semoga tahun ini lebih baik dari tahun lepas.

Yesterday is History, Tomorrow is Mystery and Today is Our Own Story~!

Tahun Baru Azam Baru. Azam Lama??
Saturday, December 28, 2013 | 8:14 AM | 0 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Entri kali ni saya akan tujukan untuk semua pembaca termasuklah diri saya sendiri. Seperti apa yang kita tahu, tahun baru 2014 dah nak dekat. Secara logik akal pemikiran manusia sekarang, "KITA MESTI BUAT WISH!" Tapi wish tahun 2013 ni kita dah capai belum?

Nasi yang tahun ni tak sempat goreng, dah nak buat benda lain. Tapi nak buat macam mana kan? Dah jadi adat manusia zaman pasca merdeka yang penuh materialistik.

Jadi senang cerita, apa kata yang tak capai lagi target tahun 2013 tu teruskanlah usaha untuk mencapai target tahun ni yang dikatakan akan expired tu. Nak buat macam mana, bukan semua target boleh tercapai dalam masa setahun. Betul tak?

Nota Akhir: Mari KITA sama-sama fikirkan... :)


Selamat Tahun Baru. Mulakan tahun ini dengan semangat yang baru untuk mecapai matlamat hidup kita

Jika Begini Sikapnya...
Saturday, December 21, 2013 | 1:20 AM | 2 comments
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Harini saya nak share sikit pasal tajuk kat atas tu. Mungkin tajuk tu mempunyai skop yang luas. Tapi apa yang saya nak fokuskan dekat sini ialah pelajar universiti. Sebagaimana yang kita tahu, sekarang ni nak masuk universiti bukannya senang boleh-boleh lagi dalam sektor kerajaan.

Jadi, disebabkan itu kita boleh klasifikasikan mereka ni adalah golongan-golongan intelektual lah kan? TAPI! Sikap segelintir pelajar universiti ni tak menunjukkan satu imej yang mereka tu pelajar universiti. Jika sikap ni ditunjukkan  kepada dunia luar, masyarakat akan kata yang sikap mereka ni lagi terus dari gelandangan yang tak ada rumah tu. Bukan niat untuk membuat provokasi tapi jika nak dibandingkan gelandangan dengan segilintir pelajar universiti ini, boleh dikatakan gelandangan jauh lebih baik sikap dan etikanya.

Mungkin mereka lupa diri, mereka angkuh dengan ilmu yang Tuhan bagi untuk mereka praktikkan dalam kehidupan seharian dan mungkin juga mereka ni fikir mereka dah besar. Selagi ada yang lebih tua tu hormatlah dia. Ini, apa yang ada dalam fikiran mereka yang tepu itu cuma ingin mengalamalkan konsep 'junior-senior' sahaja.

Tahu pun nak orang hormat kita, tapi kita lupa nak hormat orang yang lebih tua dari kita. Janganlah fikir kita masuk universiti, orang-orang tua kat luar sana tak masuk universiti kita boleh angkuh.

Jika inilah sikap Mahasiswa sekarang,
maka tak akan tercapailah matlamat
negara untuk mencari perantis pentadbir negara.

Bola Sepak: Emosi atau Profesionalism
Monday, December 16, 2013 | 4:10 AM | 1 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hari ni aku akan rungkaikan tentang satu tajuk yang tak asing bagi korang semua. Tajuk hari ni tentang bola sepak negara kita. Kalau korang perasan, pemain-pemain kita macam mengikut emosi semasa berada di atas padang sehingga lupa tentang profesionaliti mereka sebagai pemain bola sepak.

Kita kena ingat yang kita ni membawa nama Malaysia. Jadi, cuba bayang kalau nama negara kita tercalar disebabkan sikap pemain yang tak bersikap profesional? Automatik nama negara akan jadi sebutan pihak lawan. Paling tidak pun mereka akan tertanya-tanya; "Ini ke budaya mereka?" Apa perasaan kita?

Sebelum mengakhiri entri ni. Aku nak sentuh sikit pasal penonton bola sepak ni. Kalau boleh janganlah bawa budaya KEDAI MAMAK tu di stadium. Malu orang tengok. Sedangkan di kedai mamak pun orang tak bersikap macam tu. Jadi, dari mana datangnya sikap tu? Anda sendiri ada jawapan dia.

Macam mana sukan negara nak maju
jika pemikiran orang di dalam negara itu
sendiri tak maju-maju lagi?

Nasib Industri Filem Negara
Friday, December 13, 2013 | 11:01 PM | 1 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Hari ini aku nak kongsi sikit tentang industri filem negara kita. Bukannya nak nafikan yang sesetengah hasil kerja tangan anak-anak tempatan ni hebat. Malah ada juga yang dah pecah panggung pun. Tapi cuba kita lihat dari sudut yang berlainan.

Kadang-kadang tu kita nak juga ada rasa surprise dan tertanya-tanya apa yang berlaku selepas ini. Tapi, apa yang aku nampak filem-filem sekarang ni kita dah boleh jangka dah apa yang akan berlaku selepas ni. Adakah mereka ni ada template sediri ataupun mereka ni ada terikat dengan mana-mana peraturan?

Kalau cerita yang bergenre seram dan saspen pula, kita selalu dikejutkan dengan adegan-adegan yang membuat kita terkejut. Contohnya; apabila ada hantu yang keluar dari sesuatu tempat. Sangat menarik jika ada part-part yang macam tu. Tapi pihak produksi terlalu banyak menunjukkan wajah hantu tu. Macam dalam satu cerita tu lebih 10 kali hantu tu muncul. Ini akan menyebabkan penonton berasa bosan dah akhirnya mereka tak rasa apa-apa pun bila akhir cerita tersebut. Sebab penonton ni dah seperti 'alah bisa tegar biasa'. Adakah pihak produksi sudah ketandusan idea untuk membuat scene-scene yang lebih kreatif?

Kadang-kadang tu kita kena lihat dari pelbagai sudut. Jika asyik membuat benda yang sama sahaja, macam mana nak dapat jumlah penonton yang ramai?


Jangan sampai nanti industri perfileman kita
jatuh dipijak oleh filem-filem luar di negara sendiri.


Old things


Skin by Shining Shawols.